MANU FC_MAS

Just.Manchester.United.Club.Supporters

ANALISIS MAN UTD : NEW SEASON=>SEPTEMBER 2010

Posted by arezim on September 16, 2010

analisis ini adalah hasil kumpulan-kumpulan maklumat dari awal bermulanya musim baru bagi pasukan man utd.memang tidak dinafikan ramai yang ternanti-nanti berita terbaru dari pengarang tetapi disebabkan kekurangan masa dan ekonomi dunia yang tidak begitu agak stabil,blog ini tergendala buat seketika.akan tetapi pengarang tetap mengikuti perkembangan dan isu-isu semasa kelab red devils ini.dan semua nya itu dikumpulkan di dalam satu page yang mungkin padat kerana ia dikumpul daripada awal musim lagi.pertama sekali pengarang ingin membuka isu tentang perpindahan pemain.man utd tetap dengan personaliti berbelanja kecil-kecilan.pengarang agak kecewa juga kerana bagi pengarang man utd perlu membeli 2-3 pemain yang sudah profesional atau pun merupakan seorang bintang.seperti yang kita tahu man utd membeli pemain Mexico iaitu penyerang kecil molek,Javier Hernandez dan beberapa pemain lain yang agak muda.bagi pengarang ini merupakan sesuatu yang positif tetapi Sir Alex harus memikirkan tentang memenangi gelaran untuk sekarang dan bukan untuk akan datang.

pembelian pemain muda sangat digalakkan tetapi mestilah yang mempunyai sesuatu yang sangat berbeza dan mampu memberi impak dalam pasukan.tetapi pembelian pemain muda ini nampak nya tidak memberi impak kepada pasukan kerana Sir Alex tetap dan masih memilh kuda tua sebagai pilihan kesebelasan utama.contohnya seperti ryan giggs dan paul scholes.memang tidak dinafikan mereka berdua masih berkualiti dan bertenaga tetapi bila agak nya pemain muda akan mendapat tempat???

Man Utd sering membuat kontroversi untuk membeli pemain itu dan ini tetapi tidak cuba sedaya upaya membida pemain tersebut.contohnya seperti Mesut Ozil.pemain muda dan pengarang dapat rasakan dia adalah pemain yang boleh menggantikan Paul Scholes tetapi dibiarkan sahaja ia ke Real Madrid walaupun dia sendiri pernah membuat pengakuan ingin ke Man Utd.kalau nak dicerita tentang perpindahan ini memang tidak akan habis nampaknya.

kita beralih pula kepada pembukaan musim yang baru ini.nampak gaya nya Man Utd masih lagi berbisa tetapi corak permainan Man Utd agak perlahan dan membosankan.sepatutnya kelab gergasi ini memberikan permainan yang cantik dan menarik sambil disudahi dengan jaringan gol.seperti yang boleh dilihat sendiri Man Utd masih tidak dapat megekalkan rentak permainan menarik ini kerana dilihat pemain mereka seolah-olah sambil lewa bermain apabila sudah mendahului pihak lawan.contohnya seperti perlawanan menentang everton.malas nak komen.peminat Man Utd semestinya dapat melihat sendiri.dan sikap itu diperbaiki semasa menentang Rangers tetapi jaringan gol pula menjadi masalah nya.pengarang rasa Rooney sepatutnya lebih membuat percubaan gol daripada asyik-asyik nak menjadi assist tetapi tak menjadi.memang panas betul.

walauapapun pengarang megucapkan selamat maju jaya kepada man utd.once red.always red.never change.
salam…..

(ni baru part1…nantikan part 2 pada akhir December 2010)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.