MANU FC_MAS

Just.Manchester.United.Club.Supporters

PERPINDAHAN JANUARI

Posted by arezim on December 23, 2009

Perpindahan pemain pada Januari nanti amat ditunggu peminat-peminat kelab masing-masing.Ini kerana peminat akan dapat menyaksikan pemain baru yang mungkin dapat membantu kelab mereka merangkul lebih banyak kejuaraan.Untuk kelab seperti Man Utd,pemain-pemain ternama selalu dikaitkan dengan perpindahan ke Man Utd dan untuk perpindahan Januari 2010 beberapa pemain ternama telah disenaraikan oleh staff Man Utd yang mungkin akan merancakkan lagi Liga Perdana Inggeris.Pemain-pemain yang sejak dari dulu dikaitkan dengan perpindahan ke Man Utd adalah Karim Benzema.Benzema dipahamkan kurang menyerlah di Santiago Bernabue dan mungkin akan dijual dengan harga £35m iaitu harga asal  yang mereka beli daripada Lyon.Man Utd pula melaporkan bersedia untuk membawa penyerang Perancis itu ke Old Trafford pada Januari ini.Pemain lain yang dihangatkan akan meyarung jersi Red Devils adalah dua pemain berprofil tinggi iaitu Silva dan David Villa.Dua pemain Sepanyol ini dikaitkan dengan Man Utd dan bakal dibeli sekurang-kurang nya £55m untuk mendapatkan kedua-dua khidmat pemain ini.Valencia pula terpaksa untuk melepaskan kedua-dua pemain ini disebabkan kedudukan kewangan kelab mereka yang agak rapuh akibat terlalu banyak hutang.Man Utd pula bersedia untuk melaburkan duit hasil penjualan Cristiano Ronaldo bagi mendapatkan Silva’ The Playmaker’ dan Villa’ The Great Finisher’.

Antara pemain lain yang disenaraikan dalam pembelian adalah Uros Cosic Stven DefourSol Campbell,Edin Dzeko,Manuel Neur,Milos Krasic,Yaya Toure,Jack Rodwell,dan Michah Richards.Pemain-pemain ini diletakkan dalam pembelian Man Utd akan datang.Dan ada diantara pemain yang akan dibeli ini dikaitkan sebagai klon pemain Man Utd.Uros Cosic adalah pemain yang hangat diperkatakan mempunyai potensi untuk menjadi lebih kualiti daripada Nemanja Vidic.Cosic adalah pemain CSKA Moscow dan bermain posisi pertahanan tengah.Dia juga merupakan pemain kebangsaan Serbia dan mempunyai kualiti setanding dengan Vidic.

Advertisement

2 Responses to “PERPINDAHAN JANUARI”

  1. MU HANJINNN said

    gler ahhh pminat MU ni!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.