Posted by arezim on November 30, 2009
Bekas pemain Man Utd dan pengurus Blackburn,Paul Ince yang merupakan pemenang 2 gelaran EPL bersama Man Utd mengatakan yang Hagreaves ibarat pemain baru apabila dia kembali cergas.Saya suka cara dia bermain dan jika anda memberi dia ruang untuk cergas,anda ibarat akan mendapat pemain baru bukan sahaja untuk Man Utd tetapi juga untuk England.
Hagreaves yang telah disisihkan akibat kecederaan lutut yang serius.Dia telah diketepikan hampir setahun setengah dan melihat dia akan kembali semula adalah sesuatu yang hebat,kata Paul Ince.Bertanya pula kepada Ferguson tentang Hagreaves,dia ringkas menjawab yang Hagreaves mungkin akan bermain pada perlwanan Champions League menentang Wolfsburg.Dia berusaha untuk kembali cergas dan melihat dia untuk kembali semula selepas lama disisihkan adalah menkjubkan.Tambah Ferguson,Hagreaves sudah kembali pada tempat yang menjadi gelanggangnya.

Posted in Man Utd FC, News | Leave a Comment »
Posted by arezim on November 30, 2009
Ferguson berkata dia masih percaya dengan barisan muda nya walaupun permainan buruk pada perlawanan menentang Besiktas.Barisan muda Ferguson kalah 1-0 pada perlawanan tersebut dan Ferguson membidas akhbar yang mengkritik pemain mudanya.Mereka masih muda dan apa yang saya harapkan adalah mereka dapat pelajari sesuatu daripada perlawanan itu.Ferguson menurunkan 6 pemain yang berumur bawah 22 tahun iaitu Obertan,Anderson,Gibson,Rafael,Welbeck dan Macheda.
Walaupun permainan buruk itu Ferguson tetap akan menurunkan pemain muda lagi terutamanya pada perlawanan yang akan datang di antara Man Utd dan Tottenham.Saya tetap akan menurunkan pemain muda saya,tegasnya.Mereka harus diberi peluang terutama pada Piala Carling ini.Mereka bermain bagus dan saya yakin mereka tidak akan menghampakan saya.Dan Ferguson menambah pengalaman adalah nilai yang berharga buat seorang pemain.



Posted in Man Utd FC, News | Leave a Comment »
Posted by arezim on November 30, 2009
Ryan Giggs telah menjaringkan gol yang ke-100 untuk Man Utd pada perlawanan di Fratton Park menentang Portsmouth.Apabila ditanya tentang golnya itu dia berkata yang dia sungguh gembira dan yakin lebih ramai pemain yang akan menjaringkan gol yang ke-100 untuk kelab mereka.Giggs adalah merupakan pemain yang ke-17 dalam EPL yang menjaringkan gol yang ke-100 untuk kelab masing-masing.
Giggs yang menyambut hari lahirnya yang ke-36 pada ahad hari itu menambah yang dia sungguh bangga dengan pencapaiannya.Tidak ramai pemain yang mampu berbuat begitu dan harap lebih ramai lagi yang akan melakukannya,katanya.Tambahan pula, rakan seperjuangan nya Wayne Rooney mengatakan yang dia berasa senang dan gembira dapat bermain bersama dengan seorang yang boleh dianggap lagenda.
Dia( Giggs ) tidak pernah mengecewakan anda.Anda boleh lihat sendiri keupayaan nya,kepantasan,dan kemahiran yang dia masih miliki.Dia bermain seolah-olah dia bukan berumur 36 tahun,tetapi 26 tahun,tambah Rooney.Dan untuk menjaringkan gol yang ke-100 adalah menakjubkan.

Posted in Man Utd FC, News | Leave a Comment »
Posted by arezim on November 20, 2009
Berbatov membuat sejarah dalam perlawanan persahabatan menentang Malta yang mana Bulgaria menang 4-1…hasil daripada 2 jaringan nya telah membuat kan Berbatov pemain Bulgaria yang paling banyak gol. Berba mengatasi Hristo Bonev,30 tahun yang mengumpul 47 gol.Sekarang Berba telah mengumpul 48 gol dan banyak pihak mengatakan Berba boleh menjaringkan lebih banyak gol daripada itu.Berba yang kini berada dalam Man Utd perlu melakukan sesuatu agar dia tidak dibayangi oleh pemain-pemain di United.Dia seorang pemain yang bagus cuma dia perlu lebih kerap menjaringkan gol dan memegang bola,kata ex assistant coach Man Utd Carlos Quieroz.

Posted in Man Utd FC, News | Leave a Comment »
Posted by arezim on August 28, 2009
Selepas berpindah daripada Man Utd, Carlos Tevez iaitu penyerang baru Man City telah banyak melontarkan kritikan kepada bekas jurulatihnya,Ferguson.Terbaru,Tevez mengatakan punca dia berpindah daripada Man Utd adalah kerana Ferguson kurang menghormatinya.Walaupun gembira semasa musim pertama bersama United ,dia mula merasakan masalah pada musim keduannya di sini.Pada musim pertama semuanya nampak baik dan bagus,saya rasa seperti amat penting dan diperlukan oleh jurulatih dan kelab.Pada musim kedua pula saya rasakan saya mula diendahkan,tambah Tevez.Ia sangat pelik.Saya patut dapat lebih selepas apa yang telah saya lakukan untuk Man Utd.Saya mengaku pada musim kedua saya tidak bercakap dengan Ferguson dan saya mula rasa tidak diperlukan.Oleh itu, saya membuat satu kesimpulan…
“Every footballer will say that if they do not feel wanted, then it is the beginning of the end.”
Berikut adalah komen yang dikutip dari peminat Man Utd tentang isu ini…:-
1)
TEVEZ u waste we get it we get wht ur sayin ur a useless player who runs around the pitch like a monkey n believe he is worth 25mill hahah dont kid urself i think owen is gonna b more effective n get more goals in half the season..N can u STOP wiv da talkin if u wanna prove somethin do it on the pitch no need 2 talk soo much i wish u get the worst POSSIBLE atmosphere at old trafford…n wish ur days on the bench a lot more… UTD r gona RUIN city 6-0 i HATE TEVEZ i wudnt give him a UTD contract
2)
just shut up…we’ve had enough of your comments…wonder for how long his gonna find something to tell to the media…certainly he only wants to stay on the main pages.
3)
Still talking about United eh Carlos? I think it’s finally dawning on you how utterly retarded it was to want to play for City. But you simply weren’t good enough for United, 5 Premiership goals (in a season you played nearly 2000 minutes football) may be fine for a mid-table team like City, but not for a team competing for the biggest prizes. But you really need to get over us, you’re becoming as obsessed with us as your massive fans.
p/s : KORANG INGAT AKU KISAH KER….( TEVEZ )
Posted in Man Utd FC, News | 1 Comment »
Posted by arezim on August 28, 2009
Ura-ura mengatakan Anderson akan berhijrah selepas persefahamannya dengan staff dan jurulatih Man Utd sendiri telah tidak sehaluan lagi.Anderson mengkritik apabila dia tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang Chelsea semasa Trofi Perisai Komuniti ( Community Shield ).Anderson menambah dia percaya dia akan bermain untuk Man Utd semasa perlawanan itu tetapi sebaliknya berlaku.Saya ingat dengan pemergian Ronaldo saya akan dapat lebih bermain dan ia akan menjadi cabaran kepada saya,kata Anderson.Tetapi pemain yang baru berumur 21 tahun ini berkata pemilihan untuk pasukan bukan urusan dia dan dia akan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh ‘ Fergie ‘. Dia adalah ketua dan untuk membincangkan tentang hal ini adalah sesuatu yang bodoh.Dan saya berfikir untuk masuk ke kelab Man Utd adalah sesuatu yang sukar bagi setiap pemain dan saya membuat keputusan…I do not want to leave United. No.

Posted in Man Utd FC, News | 1 Comment »
Posted by arezim on August 28, 2009
Ramai mungkin telah mengetahui yang Man Utd akan mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Belanda dan Real Madrid ini.Tawaran harga mungkin sekitar €29.5 million tetapi Ferguson mempunyai pelan tawaran nya sendiri.Robben yang memulakan pra-musim yang cemerlang bersama Real Madrid kemungkinan akan berhijrah disebabkan kebanjiran pemain di Santiago Bernabeu.Robben mempunyai sejarahnya sendiri apabila hampir menyertai Man Utd pada tahun 2004 daripada PSV Eindhoven tetapi Robben lebih cenderung untuk memilih Chelsea.

Posted in Man Utd FC, News | 1 Comment »
Posted by arezim on August 28, 2009
Sir Alex Ferguson mengatakan Man Utd akan berhadapan dengan kesukaran selepas telah diundi bersama VfL Wolfsburg, CSKA Moscow dan Besiktas dalam peringkat kumpulan untuk Liga Eropah.Man Utd akan lebih sukar apabila VfL Wolfsburg merupakan juara Liga German yang mana kelab utama ingin mengelak dari bertemu dan perjalanan jauh ke Russia dan Turkey akan memberi masalah.Ferguson juga berkata CSKA Moscow telah menunjukkan peningkatan yang baik beberapa tahun lepas dan perlawanan di Turkey sentiasa memberikan kesukaran.VfL Wolfsburg pula seperti mana yang kita tahu mempunyai kualiti dan pemain yang hebat dan mereka telah membuktikannya apabila menjuarai Liga German musim lepas.

Mengulas tentang anugerah pada malam tadi , Ferguson berkata untuk penjaga gawang terbaik memang layak diberi kepada Van Der Sar.Dia telah bekerja keras sepanjang kariernya dan dedikasinya dalam arena bola sepak sememangnya harus dihargai.
Posted in Man Utd FC, News | 1 Comment »
Posted by arezim on August 28, 2009
Cabutan undian untuk Liga Eropah telah diadakan pada tengah malam tadi waktu Malaysia( 12.00 a.m ).Turut diadakan pada malam itu adalah penyampaian untuk pemain terbaik Eropah dari pelbagai posisi.Pemilihan pemain telah dibuat oleh jurulatih dari kelab-kelab Eropah terkemuka.Berikut adalah keputusan bagi cabutan undi dan anugerah untuk pemain.
Group A: Bayern Munich, Juventus, Bordeaux, Maccabi Haifa.
Group B: Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, Wolfsburg.
Group C: AC Milan, Real Madrid, Marseille, FC Zurich.
Group D: Chelsea, Porto, Atletico Madrid, APOEL Nicosia.
Group E: Liverpool, Lyon, Fiorentina, Debreceni.
Group F: Barcelona, Inter Milan, Dynamo Kiev, Rubin Kazan.
Group G: Sevilla, Rangers, Stuttgart, Unirea Urziceni.
Group H: Arsenal, AZ Alkmaar, Olympiakos, Standard Liege.
Pemain pertahanan terbaik Eropah : John Terry( Chelsea )
Penjaga gawang terbaik Eropah : Edwin Van Der Sar( Man Utd )
Pemain tengah terbaik Eropah : Xavi Hernandez( FC Barcelona )
Pemain terbaik Eropah : Lionel Messi ( FC Barcelona )
Posted in Man Utd FC | 1 Comment »
Posted by arezim on August 28, 2009
Bekas pemain pertahan tengah Man Utd Gary Pallister telah memuji Wayne Rooney dan berkata dia boleh menjadi pemain terbaik dunia. Pallister percaya pemergian Cristiano Ronaldo hanya akan melonjakkan Rooney kehadapan dengan potensi yang dia ada.Dia menambah Rooney masih muda dan dengan bakat yang dia miliki tidak mustahil dia tidak boleh menjadi legenda yang hebat seperti Pele dan Maradona.Dia juga menambah gandingan 2 penyerang berbakat England iaitu Owen dan Rooney akan membuat pertahanan lawan sukar,tambahan pula dengan prestasi Berbatov yang semakin meningkat.



Posted in Man Utd FC, News | 1 Comment »